Showing posts with label LOVE. Show all posts
Showing posts with label LOVE. Show all posts

NEVER FORGET MY EX’S





I selalu treasure my feelings for them. I selalu embrace my good times with them. Sometimes, I duduk sorang-sorang kat my condo balcony, I ingat balik kenangan-kenangan terindah…Places that we went together… things that we did bersama..best.!! It keeps me going.. Tak semestinya I nak kat Dia balik..tetapi bagi I mengenangkan saat-saat manis bersama my ex’s, Ia membuatkan I rasa I ni adalah orang yang sangat bertuah. I pernah melalui saat yang terhebat dalam hidup I. Saat yang menggembirakan. Why must I lupakan? I love the feelings.


But to me, That’s not enough reason for me to hate or forget my ex’s. I boleh biarkan… I boleh terima, walau pun sakit di hati. Meronta di jiwa..geram dan terkecewa, BUT I had a good times, I pernah dapat rasakan betapa mereka sayangkan I, dapat I rasakan cinta mereka..so to me, I will never forget my ex’s.!! Boleh nak lupa jikamahu..but buat apa?!




Regard
Mohd Faziel Bee

JANGAN BERANGAN .!! PLEASE WAKEUP





Si Dia bahagia dengan pasangannya, Sedangkan engkau menghiris hati sendiri dengan ingatan dan rindu terhadap Dia.  Apa ko dapat?? Apa kau ingat itu berbaloi??
Kita dikurniakan Tuhan dengan tubuh badan yang sihat, Tuhan beri kita hati, untuk kita jaga dengan sebaiknya. Diri kita ini adalah amanah Tuhan, Tahu TAK?

Apa sanggup kita siakan amanah Tuhan dengan merosakkan hati dan diri sendiri.?? Come on lah. Carilah kebahagiaan kamu.

Bangkit dan cari bahagia kita. Bahagia yang sepatutnya kita genggam. Buat apa nak tunggu lagi orang yang dah tak sukakan kita?

Buat apa nak tunggu lagi orang yang Dah Bahagia dengan pasangan yang Dia Cinta.? Kalau pun  ada Cinta itu untuk engkau, ITU DULU. Itu cerita lama sayang. !! Benda yang lama lama orang dah tak ingat lagi..orang simpan dalam kotak, bakar pon boleh.!!

Tulisan ini mungkin kasar pada pembacaan kamu kamu yang sedang sedih dan tak sedar, tapi percayalah, bahagia untuk kamu ada menanti di hadapan, lupakan si Dia yang telah bahagia, cari bahagia yang sepatutnya kamu genggam, boleh kan?

TENTANG CINTA MOMO



Ku Intai Cinta Dalam Rahsia

Berbisik di dasar hati
Bertanyakan pada diri
Tentang kekasih
Tentang cinta

Haruskah aku menanti
Haruskah tangan ku ini
Menggapai hanya
Ilusi mimpi

Putusnya di dalam hati
Tak mungkin bercantum lagi
Ku intai cinta dalam rahsia
Dan airmata

Mereka sering berkata
Cinta itu milik kita
Tapi mengapa kau enggan
Ucapkan cinta


Lagu ini saya tujukan khas untuk Momo sebab saya suka lirik lagu Jeslina Hashim. Teringat masa kami karaoke dengan my sibling Achik and Alang. Mungkin lagu ini sesuai untuk lagu Tema bagi hubungan kami. Cinta Berputik bila kenal dari Instagram, Wah.!! Happy sangat kenal Momo. Saya pon x tau lah macam mana saya boleh jatuh cinta dengan dia. Samada dia tahu atau tidak, saya berani katakana yang saya mula mencintai dia. Thanks Momo sebab buat saya Happy bila bersama awak.


Momo, awak ada something yang buat saya rasa awak boleh membahgiakan saya. Saya mulai mencintai awak bila mana saya rasa awak layak untuk saya. Saya suka awak kenapa erk? Hihihi mungkin sebab awak banyak kriteria yang saya suka. Biarlah saya seorang tau kelebihan yang ada pada awak membuatkan saya mulai mencintai awak.

Regards
Mohd Fazie Bee

CEMBURU? ADAKAH KAMU TIDAK BERSYUKUR?


"Dia tu dah lah hensem, kaya, pandai pulak tu... cemburu aku...
bertuahnya orang macam dia tu..." kalam seperti ini sering keluar
daripada bibir-bibir kita... paling tidak terlintas di dalam hati...
mengapa perlu cemburu sedangkan manusia itu diciptakan
oleh Allah berbeza-beza?? mempunyai kelebihan dan
kekurangan masing-masing...


Kenapa?? dia ada sesuatu yang lebih daripada engkau??
dia dirasakan sempurna kerana ada segala-galanya??
percayalah bahawa sesungguhnya di saat engkau mencemburui
seseorang, orang itu sebenarnya sedang juga mencemburui
engkau juga atas kelebihan engkau...



Ramai manusia yang salah anggap tentang erti kebahagiaan
hidup... adakah kerana mereka kaya dan berkuasa, mereka
mempunyai hidup yang sempurna?? adakah semua itu menjamin
kebahagiaan mereka?? adakah begitu sempit fikiran engkau
sehinggakan kamu hanya menilai daripada apa yang terpapar di
pandangan mata sahaja??


Rasakan Allah tidak adil?? adakah engkau mengharapkan
sesuatu yang sempurna?? memiliki segala-galanya di dunia
yang hanya sementara?? adakah engkau tidak bersyukur??
sesungguhnya di saat engkau mencemburui dan merasakan
diri sendiri kurang dari segenap aspek, sebenarnya engkau
sedang menyalahi ciptaan Allah...

Jangan bandingkan diri yang hina ini dengan mereka yang lebih
tinggi tarafnya... jangan terlintas rasa cemburu dan iri hati pada
mereka yang banyak memiliki harta, tapi bandingkanlah diri
dengan mereka yang bertungkus lumus hanya untuk mencari
sesuap nasi...


Takala diri sibuk mengeluh dan cemburu pada mereka yang
hensem dan cantik, tatkala itu jugalah wujud segelintir manusia
yang tidak cukup anggota badan dan hilang nikmat pancaindera...
adakah engaku fikir mereka tidak mencemburui kamu yang
sempurna tubuh badan dan masih mampu menjalani hidup yang
normal?? apa lagi nikmat Allah yang ingin kau dustakan??


Firman Allah : "dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang
yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak
dari sebahagian yang lain kerana bagi orang laki-laki ada bahagian
dari pada apa yang mereka usahakan dan bagi para wanita ada
bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada
Allah sebahagian dari kurnia-Nya... sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui segala sesuatu..." (surah An Nisa', ayat 32)


Bersyukurlah dengan siapa diri kamu sekarang... Allah kurniakan
akal agar kita mampu menilai diri yang sememangnya penuh
dengan kekurangan... buanglah sifat cemburu tersebut yang telah
sekian lama bercambah di dalam hati dengan perasaan yakin bahawa
Allah yang menentukan segalanya... Allah lebih mengetahui
sedangkan kita tidak mengetahui...

Jika terasa diri penuh dengan kekurangan, baikilah diri itu... andai
sedar diri mempunyai kelebihan yang tersendiri, tonjolkanlah dan
gunakan dengan sepenuhnya dan sebaiknya... jangan hanya
disimpan dan hanya tahu mengeluh... bersyukurlah!


Firman Allah di dalam Al-Quran : "kami telah menentukan
antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia
dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas
sebahagian yng lain beberapa darjat agar sebahagian
daripada mereka dapat mempergunakan sebahagian yang
lain... dan rahmat Tuhanmu lebih baik daripada apa
yang mereka kumpulkan..." (surah Az-Zukhruf, ayat 32)

Ingatlah bahawa semakin banyak nikmat dan kelebihan yang
kita miliki di dunia ini, semakin banyak perkara yang akan
Allah persoalkan di akhirat kelak... "harta kamu yang berlambak,
di mana kamu belanjakan??" "nikmat anggota yang kamu miliki,
untuk apa kamu gunakan??"



Akhir kalam, hendaklah kita berasa senang dengan apa yang
dimiliki oleh saudara kita... jangan sampai suatu masa, perasaan
cemburu yang sudah lama tertanam itu menjadi penyakit hati
yang lebih teruk dan menyebabkan perasaan ingin menjatuhkan
saudara sendiri... sabda Rasulullah : "tidak beriman seorang dari
kalian sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai
dirinya sendiri..." tujukanlah kalam pujian itu kepada Allah yang
menciptakan kerana semua itu adalah milik-Nya...

ITuLah CiNTa


Percaya atau tidak, kita memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang kita cintai.
Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa kita amat mengambil berat mengenai si dia.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.
Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.
Cinta Itu Indah tapi tak semua orang boleh mengerti apa itu Cinta, apa itu Kasih dan apa itu Sayang. Kadang-kadang kita sendiri tidak pernah Sedar dan Kita tidak pernah tahu bahawa ada orang yang sentiasa ambil tahu pasal kita..  
Dia intai kita dalam senyap.
Dia perhatikan dan “stalker” wall kita setiap hari untuk tengok post terbaru.
Dia tengok semua gambar kita dalam album.
Dia tengok semua tanpa tinggalkan sebarang kesan dan jejak.
Dia baca setiap post kita hanya sekadar membaca tanpa sebarang reaksi.  
Dia dengar setiap masalah kita walaupun masalah itu tentang kita dan kekasih kita.
Dia siap cadangkan lagi jalan penyelesaian yang membina,walaupun kadang-kadang hatinya terluka.
Dia ambik berat dan ambil tahu tentang kita.
Sampai suatu hari dia tidak ada bersama kita, Dia menyepi seketika dan Kita merasa ketiadaannya.. Kita sunyi tanpa dia.. Kita rasa ada yang kurang dalam hidup tanpa gelak ketawa bersamanya..
Itulah sebenarnya yang bernama CINTA..!!  Kadangkala  kita sukar membezakan antara Sayang dan Cinta..Antara KASIH dan SAHABAT..Antara KEMAHUAN dan KEPERLUAN kerana kita tidak pernah sedar apa yang melintas di ruang masa...Dan ini adalah realitinya.
p/s >>>Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.