BATU CAVES

Sabtu minggu lepas kami pergi melawat Batu Cave. ni plan si Pen laa...i gan Kaery ikut jer, padahal sebelum ni, slalu jer lalu Batu Cave..dekat jer dengan office i "Holiday Tours" tapi x fikir pon nk melawat..hihihi.. Melalui sejarah yang i pernah bace, Batu Caves pada mulanya salah satu tempat berlindung org asli dari suku Temuan.. Batu Caves adalah salah sebuah tempat tarikan pelancongan yang popular dan pada musim perayaan Thaipusam, berpusu pusu masyarakat Hindu mengunjungi tempat ini. Batu Caves adalah sebuah gua batu kapur semulajadi yang telah digunakan untuk kuil Hindu..hari tu kami memanjat 272 anak tangga sebelum sampai ke atas gua tersebut.. penat jugak laa rase nyer...hihihi.. hari tu pelancong dari luar negara x laa rmai sgt, maybe petang kot... sbb kami pergi situ dalam pukul 3 lebey.. naseb baik laa cuaca x panas sangat...















TakDiR CinTa



Beribu Sesalan

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri
Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji, dimungkiri, dimungkiri
Sia-siaku, mencintaimu
Setia padamu, percayakanmu
Sebak dadaku, retak hatiku
Luka jiwaku, dihiris pilu
Sia-siaku, mencintaimu
Setia padamu, percayakanmu
Sebak dadaku, retak hatiku
Luka jiwaku, dihiris pilu


First time i dengar lagu ni, i shuke dengar tapi x laa i sampai menghayati lirik lagu nie. i tau lagu ni dari Dia.. i dgr Dia play lagu ni kat Youtube.. start hari ni baru i hayati lirik lagu ni. mmg best..ade kene mengena sedikit dengan kisah cinta i.. menunggu dan terus sabar menunggu cinta yang belom pasti milik i.. kisah cinta yang lalu menguatkan lagi penantian terhadap Dia..kadang kadang i terfikir untuk mencari pengganti Dia tapi tak boleh.. I selalu nak ambek tau pasal dia.. kami kenal daa lama dan dulu Dia penah jual mahal kat i.. i usha usha, tapi Dia x layan i.. tapi i x putus asa, i dgn muke x malu anta mcg kat Dia. i dapatkan numb hp Dia dari kawan i..huhuhu,... mase Kuliah, i selalu perhatikan Dia.. baju ape Dia pakai, kelas kat mana, Dia jalan gan sape.. ermm..masa tu i mabuk cinta kat Dia.. tapi itu dulu... Cinta kami daa berubah start kami clash..  TAPI  i xpernah anggap pon diey ex i sbb i masih sayang kat Dia.. masa i demam, Dia jage i..i tau Dia memang baik,, tapi Dia selalu wat i sedey.. sometime i jeles kalo diey chatting n coment coment gan org lain kat fb...i selalu stalker hp Dia. sorry.!! sorry u.!! i buat semua ni sebab xnak kehilangan u.. i selalu tanyer u yg bukan bukan kalo u pergi mane mane...i siasat macam polis.."u kuar gan sape, pergi maner, balek kol baper" kalo boley semua kawan kawan u i nak tau...tapi prinsip kter "KAWAN U KAWAN U, KAWAN I KAWAN I" menyebabkan susah untuk i nak tau kawan u.. maafkan i sbb slalu stalker hp u... mungkin Dia x suke cara i terlalu mengongkong tapi kalo kter syg kat seseorang tu, kita kne ambek tau dengan siapa Dia bermesej... kata orang "sayang kan Lover kne spotcheck sikit, jgn terlalu percaya sangat".. hari ni i wat keputusan yang i sendiri x caye.!! i korbankan cinta i,,,i hancurkan harapan i sendiri.. Dia akan pergi dari hidup i..maybe ini jalan terbaik untuk kami membawa haluan masing masing.. i akan happy kalo u bahagia memilih orang yang u sayang dan orang itu bukan i...andai ini jalan yang u nak, i harap u x menyesal, takdir cinta harus begini sebab antara u dan seseorang tu bukan nya i nak semua ni berlaku...biar i hidup seperti ini, mungkin daa bukan jodoh kita.. i try untuk melupakan u... mengenali u adalah satu hadiah bagi i,, kebenaran yang sangat pahit harus i tempuh dan kepahitan itu adalah UBAT..



JoM BeRamBeH Ke KuCHinG (Part II)


Hari ke Dua kami Di Bumi Kenyalang, kami bertolak pada pukul 9.30 pagi ke Sarawak Culture Village ( Kampung Budaya Sarawak) dengan menaiki bas persiaran (Matahari Tours).Perjalanan kami mengambil masa selama 45 minit dari Bandaraya Kuching. Kampung Budaya terletak berhampiran kaki gunung Santubong. Pemandangan yang indah sepanjang perjalanan memukau mata kami sambil mendengar serba sedikit info mengenai Kuching dan Lagenda Puteri Santubong & Puteri Sejinjing daripada Tour Leader selaku Guide kami (huhuhuhu) siapa?? i laaa.......sape lagi...hahaha






DIGELAR muzium hidup terbesar dunia, Kampung Budaya Sarawak menjadi destinasi mesti dikunjungi untuk mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke negeri Bumi Kenyalang ini.

Apa yang menanti pengunjung di taman seluas 4.25 hektar ini adalah kediaman tradisional tujuh suku kaum utama iaitu Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Penan, Melanau, Melayu dan Cina. Setiap satunya memaparkan keunikan cara hidup dan budaya suku kaum utama Sarawak.
Berlatarbelakangkan pemandangan indah Gunung Santubong, siapa sangka taman yang sudah mengungguli pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa, dibangunkan di kawasan perkampungan nelayan dan hutan belantara.




Di pintu masuk, tetamu akan disambut dengan beberapa patung menggambarkan kepercayaan warisan pelbagai suku kaum yang dipaparkan di taman ini. Pengunjung turut dibekalkan dengan pasport khas yang akan dicop setiap kali selesai mengunjungi setiap rumah.










Rumah Bidayuh misalnya kelihatan seakan pondok besar berbentuk bulat. Kaum yang asalnya menetap di tebing Sungai Sadong dan Sungai Sarawak ini gemar membuat rumah di lereng bukit sehingga kelihatan seperti tangga gergasi.









Kaum Iban atau nama lainnya Dayak Laut membina rumah panjang yang boleh bertahan antara 15 hingga 20 tahun.






Rumah orang Iban dibina menggunakan balak dengan daun sebagai atap. Pengunjung ke rumah Iban di taman ini berpeluang menyaksikan demonstrasi menenun pua kumbu secara tradisional yang diwarisi sejak berzaman.


Rumah Penan pula boleh diibaratkan sebagai pondok sejajar dengan kehidupan mereka yang gemar berpindah-randah. Suku kaum yang agak pemalu ini mewarisi pelbagai kelebihan termasuk menghasilkan Bunga Jarau berguna untuk menghasilkan api. Bagaimanapun, mereka juga terkenal dengan seni penghasilan sumpit yang digunakan sebagai senjata perburuan atau digunakan ketika berperang.




Orang Ulu pula seperti namanya, gemar membina penempatan berselerak di tanah tinggi dan di tebing sungai utama. Bagaimanapun, kaum yang menjadikan pertanian sebagai sumber makanan ini membina rumah panjang mereka supaya tahan untuk tempoh yang lama.
Orang Ulu juga terkenal kerana kehalusan seni pertukangan pedang yang dicemburui musu mereka.








Seperti rumah Melayu di Semenanjung, reka bentuknya tidak jauh berbeza, diperbuat daripada kayu. Rumah ini mempunyai tiang yang sederhana tinggi. Tetamu yang datang dari depan rumah akan menaiki tangga, Tetamu biasanya memberi salam di ruang beranda..
Rumah Melanau antara kediaman peribumi Sarawak paling menyerlah kerana dibina 40 kaki dari tanah. Tujuan utama adalah mengekang serangan musuh dan mengelak banjir. Menariknya, kaum yang asalnya menetap berhampiran kawasan pinggir pantai ini menjadikan sagu sebagai makanan utama berbanding nasi.



Kami tidak berkesempatan untuk melawat rumah masyarakat Cina kerana masa tidak mengizinkan.

Sebelum pulang, kami singgah di panggung Kampung Budaya Sarawak untuk melihat keunikan tarian masyarakatnya termasuk Ngajat Lesong dan Ngajat Pahlawan (Iban), iaitu meraikan wira yang ingin ke medan perang.








Alunan irama daripada alat muzik etnik dengan wajah manis gadis menari diselang-selikan dengan demonstrasi menyumpit, turut disertai pelancong asing. Paling teruja melihat wajah gerun ‘pahlawan’ menggigit lesung tanpa berasa sakit.





Bagi i, kunjungan pelancong ke Kampung Budaya Sarawak seolah-oleh menjelajah Sarawak dalam tempoh setengah hari. Tidak lengkap kunjungan anda ke negeri terbesar Malaysia ini sekiranya tidak berkesempatan menjejakkan kaki ke sini. (^_^)