LaNgKaWi VacaTioN @ Cimb BaNk Trip

09 April 2011 (Sabtu) kali ini I lead tour untuk group Cimb Bank (Branches Kajang Indah) seramai 17 orang. Boleh dikatakan group “kakak-kakak” hihihi sebab majoriti adalah ladies ataupun “group kak Bedah laa senang citer” hahahhahaa… mak mak orang oit..! ko jangan,,ko mampu..!! hehe..
SEMANGAT.!! TOUR LEADER X SAMPAI LAGI..HUHU

Flight kami bertolak pada pukul 07.30 pagi, jadi pukul 06.00 kami sudah berkumpul di depan MCD LCCT Airport. Masa I sampai di aiport pagi tu, majority semua sudah sampai.! Wow, be punctual jugak laa group cimb bank ni..!! well done.. normally kalau I handle group bank, selalu jer x punctual..hihi..Tapi bukan main semangat lagi kak Limah Kak Bedah Kak Peah nak pergi travel, ada yang pukul 05.30 sudah terpacak di Depan MCD… semangat itu penting.!!! Bagus..
Baiklah, continue balik cerita, kami sampai di Langkawi Airport dalam pukul 08.30 pagi. Kami disambut oleh local tour guide “En Azam” dan di bawa ke sebuah restoran tempatan “kedai jer” untuk sarapan pagi. Hari tu I makan bubur nasik jer..hihihi
MASE BARU SAMPAI

BAS KAMI
 Kami dibawa melawat Langkawi Islands sepanjang hari. 1st destinasi yang kami lawati ialah Oriental Village.  Kali ini I nak ceritakan pengalaman group kami menaiki Cable Car.
GROUP PHOTO
I SUKE TITI JAMBATAN GANTUNG NI..GOYANG-GOYANG.!!
Cable Car Langkawi  memang glamour. Owh, dah menjadi 1 destinasi wajib untuk pergi kalau ke Langkawi.  Siapa yang sudah ke Langkawi memang tak Lengkap lawatan anda jika tak ke Langkawi Cable Car. Seram ada gayat pun ada, takut-takut kalau di tengah jalan kereta kabel itu jatuh..hahhaaa.. Kami juga berpeluang mengambil group photo di Handing Bridge. Dengan cuaca yang baik, x berapa panas dan angin yang kuat menyeronokkan lagi untuk berjalan disekitar jambatan dan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Mata kami berpesona dengan pemandangan di sekeliling.


ERMM...GROUP MAK DATIN BERGAMBAR SEBELOM NK NAEK CABLE CAR
MANER LAGI GROUP I NI???????
WOW.!! TIME NI EXCITED NK NAEK CABLE CAR

GROUP PHOTO

Selepas makan tengahari di restoran tempatan, kami meneruskan lawatan ke Gamat Factory dan Kedai Kain Batik. I tengok akak akak ni shopping sakan beli kain batik.. amboi.!! Borong pon ade.. “Perhatian Perhatian, ingat yer limit 5 pasang seorang jer, elak kne bayar tax nanti kang” hahahahaha…
MINYAK GAMAT

Menu Lunch kami..sedap.!! huhu

Seterusnya lawatan kami ke Makan Mahsuri. Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .Ia merupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi, si jelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris .
LAWATAN KE MAKAM MAHSURI

POSSing..!! group akak akak
Menurut lagenda, darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .. Dibuka setiap hari pada pukul 7.30 am – 6.00 pm.
BOAT YANG KAMI NAIK.. 2 BUAH BOAT..SYOK.!!

MASE NI TGK PELBAGAI JENIS IKAN DEPA TERNAK
Langkawi penah  mencipta sejarahnya tersendiri apabila telah di iktiraf sebagai salah satu GEOPARK dari pada hanya beberapa geopark yang terdapat di dunia, oleh pihak UNESCO ada 1 Jun 2007. Amat rugi jika kami tidak melawat tempat ni, petang tu kami melawat Kilim Geopark & Gua Kelawar menggunakan bot. Gua Kelawar di Kilim, pulau Langkawi , Kedah, Malaysia merupakan sebahagian daripada geopark yang dipromosikan dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2007. Gua Kelawar ini terletak di timur laut pulau Langkawi , kira-kira 10 minit dari Pekan Kuah. Pelancong boleh datang ke Gua Kelawar dengan menaiki bot dari jeti Tanjung Rhu atau menerusi jambatan yang baru dibina di jeti Sungai Kilim. Gua ini terletak di kaki bukit di Kilim yang dikelilingi hutan paya bakau dan pintu gua menghadap Sungai Kilim


MASE BAGI HELANG MAKAN
KAT DLM GUA KELAWAR

PENERANGAN DARI TOUR GUIDE KAMI
Setelah kepenatan, pagi sampai ke petang kami berjalan, so kami pon check in Hotel. Kami menginap di Bayview Hotel yang terletak di tengah-tengah Pekan Kuah. Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri .Nama 'Kuah' ini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini .Sempena dengan peristiwa tersebut ,tempat ini diberi nama 'Kuah'.Dahulunya ,Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain .Kuah ialah pusat membeli-belah bebas cukai dengan berbagai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut. Tidak hairan lah malam tersebut kami dihidangkan dengan makanan seafood yang sedap..
MALAM TU KAMI G DATARAN HELANG
MENU DINNER KAMI ..SEDAP.!!

WAH.!! FAZIEL..U BAGOS LAA..SERVE BAEK PUNYER..CARING GAN CLIENT.!! HUHU
Malam itu juga kami sempat singgah ke Haji Ismail Group untuk aktiviti membeli belah. Ini juga salah satu destinasi wajib jika anda melawat ke Langkawi. Pelbagai jenis jenama coklat ada disini, rambang mata dibuatnya.




10 April (Ahad) Sarapan pagi di Hotel. Check out pada pukul 10.30 pagi dan hari tu kami meneruskan lawatan rasmi “hihihi” ke Idaman Suri. Destinasi trikan utama kepada golongan Kak Limah & group yang suka shopping pinggan mangkuk… wow.!! Murah siot… nak jer beli, tapi malas bawak..
Hari tu I tgk group cimb bank bukan main lagi shopping.. “Tolong ambik perhatian yer, kita naek AIR ASIA, luggage 15Kg seorang jer, Thank You” hahhahahaha.. sebelum keluar bus, I daa mentioned awal-awal.. kang ada yang shopping x ber ingat kang.. Al-maklumlah,. kata orang, group bank banyak duit., hari hari tengok duit..hahhahahaha..  penah tau, dulu tahun 2009 I penah bawak trip RHB BANK Tampoi, JB.. Terpaksa tambah 1 van untuk bawak barang-barang sahaja, bus 41seater x muat.!! Punyer laa banyak depa shopping… hahaha.. tengahari sebelum Lunch di local Restaurant, kami sekali lagi pergi ke Ismail Group dan Saga Shopping Mall untuk membeli coklat-coklat.. I x laa hantu coklat sangat.. tapi hari tu I beli jugak sikit untuk dak dak office & kawan kawan i..Roomate I hantu coklat laa jugak..hahahhahahaa….Kami sampai awal di airport, petang tu Boss depa belanja kami air kat StarBuck Cafe..Thank Boss “Mr Lee Boon Lung”. Hihihi.. Petang tu flight kami bertolak dari Langkawi Airport pukul 05.35petang dan selamat sampai di LCCT Airport pukul 06.40 petang.

Thank You very much to all of u (Cimb Bank Taman Kajang Indah).
p/s : Umadevi, lain kali kalau ada jodoh. Ada budget, kiter travel jauh sikit yer..Indonesia ker,, right,.!! hahahhaa… see u again.

2 comments:

muhd khairi said...

wahhhh, mcm seronok plak, i went b4, tp xpegi pun kat bg makan helang tu, nxt time nk pg lah... u cari pakej utk ktorg eahh!!! huhu, btw coklat ari tu sgt besttt, nnt beli lagik! ehem~
(btw, byk salah ejaan, tingkatkan lagi mutu karangan anda..hahah)

bukit gambang said...

teringin nak gi langkawi..