BerBuka PuaSa VS SuNgKe Oh SuNgKe

Salam Ramadhan untuk semua umat Islam. PeJam Celik PeJam Celik daaa 3 hari kita berpuasa. Alhamdulilah. Semoga puasa tahun ini memberi seribu makna dan mendapat keredhaan dari Allah S.W.T.  Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan untk kita..  Dari kecik lagi I daa dengar Orang Tua-Tua cakap yang kalo berpuasa di bulan Ramadhan, pintu syurga diBuka dan Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan..  Atuk I cakap bulan puasa “Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi” ..hah dengar tu.. hihi Manis kah Kurma Itu?? Huhuhu.. tetibe teringat pulak Champion Maharaja Lawak. Opss…

Baiklah, kali ni I nak share kat korang pasal bulan puasa kat Kampung Tuie, Betong Sarawak. Ni laa Kampung Tanah Tumpah darahku. Di Sini laa zaman kanak-kanak I dan tempat I di besarkan. Sebut Pasal Ramadhan Al-Mubarak, Kampung Mymom memang best. . personally, sepanjang I merantau ke Tempat orang, I x Nampak pun budaya yang sama dengan Kampung Tuie.. Apa yang menarik nya menyambut bulan puasa di sana sebab budaya bersedekah adalah wajib.. Masa I kecik dulu, kami adik beradik selalu berebut nak menghantar kuih-kuih or makanan juadah puasa ke rumah saudara mara & jiran jiran sebelah rumah..ade yang ikut Turn lagi..haha semangat tau.! Budaya BERSEDEKAH ni masih lagi diamalkan sehingga lah sekarang. Dulu mase I kecik, x kurang 3 buah rumah I akan pergi sebab nak sedekah juadah puasa..hihi memang I suke.!! Kenapa  I excited sangat ialah sebab mase menghantar makanan tu, mesti Tuan Rumah akan membalas balik dengan juadah mereka, so disitulah terjadinya system barter ( bertukar-tukar makanan)..  Kampung Tuie terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Kampung Hulur, Kampung Tengah dan Kampung Hilir.. rumah family I kat Kampung Hilir. Kadang-kadang MyMom & Nenek  selalu jugak suruh kami adik beradik or cozen-cozen menghantar makanan ke saudara sepupu sepapat family I ke Kampung Hulu. Jauh?? Ermm jauh laa jugak, kalo jalan kaki dalam 10 minit.. tapi bulan puasa, bab bab menghantar sedekah ni laa best. Dulu mase I kecik i suka pergi rumah orang sebab nak hantar makanan. Tapi sekarang?? Erm..since 2006 I berhijrah ke tempat orang, daa lame x rasa budaya sebegini. Balik Kampung pon setahun sekali. Ermm…  ok, lupa nak cerita, Apa yang Menariknya lagi masa bulan puasa, family kami akan menyediakan juadah “Bubur Pedas” setiap kali waktu berbuka puasa. Bubur Pedas adalah menu wajib family kami. I suke bubur Pedas yang Mak I buat, Nenek I buat dan Mak Long I buat.. memang sedap.!! Apa itu Bubur Pedas..? macam mana nak explain erk.. bubur pedas macam sayur tau, susah laa TEMAN nak kabo..nk explain pon susah..huhuhu..

Antara menu bulan puasa yang I rinduuuuuu sangat-sangat nak rase mase kat Kampung dulu-dulu ialah; BUBUR PEDAS, CUCUI LEOK, CUCUI PISANG, CUCUI KEMO, KUIH LENGGANG “NEK JANG”,  CAKKOI, BUBOI KAPOI, KUIH ANAK DARO MANDIK,  KUIH TAKER & banyak lagi…aduh.!! Sedap nyer….Mungkin korang x tau menu yang Cek Habaq tadi sebab “kuih versi bahasa Sarawak” haha..  X sabar nak balek hujung bulan ni. KUIH TAKER juga myFav sebab kuih tu Unik.. ade bentuk Perahu…suke tengok.! Haha.. Kampung i mane ade bazaar ramadhan,,semua masak sendiri,..xder nyer nk beli beli makanan..that y i suke "Sungke" sane...hahaha.. lagi satu,. sane awal berbuka, pukul 6.30ptg daa boley buka daaa...hahahaha...
Kalo kat Kampung I, kami bertutur dalam bahasa Melayu Sarawak Kampung.  Negeri Sarawak memang banyak jenis bahasa pertuturan, that y laa orang kat Sarawak banyak gune bahasa lain-lain. Lain kaum lain bahasa. Even kaum Melayu Sarawak pon banyak jenis bahase yang mereka gunekan.. alah.! Macam semenanjung jugak la, Kelantan lain, Terengganu lain, Pahang lain, Kedah laa, Penang lain.. hah. Macam tu jugak laa Sarawak. Dalam setiap daerah mesti lain bahasa..  I share sedikit bahase bahase Kampung Tuie.yeah ok.!!
SUNGKE = BUKA PUASA
POSO = PUASA
SAHUI = SAHUR
CUCUI = CUCUR
DEKAH = SEDEKAH





2 comments:

Anonymous said...

best nyer.... nak ikottttttttt.... - k. anis

Mohd Faziel said...

jom laa kak Anis,,.heheheh... best gak laa puasa sane...kuih laen2x... xsame gan kat sini...