Ho Chi Minh City, yang dahulunya dikenali sebagai Saigon iaitu bandar yang terbesar di Vietnam. Ia pernah dikenali sebagai Prey Nokor, pelabuhan laut Khmer yang penting sebelum pengistiharaan oleh Vietnam pada abad ke-17. Di bawah nama Saigon, ia adalah dibawah kuasa Koloni Perancis Cochin-China dan kemudiannya menjadi Vietnam Selatan pada tahun 1955-1975. Pada tahun 1976, Saigon digabungkan dengan Gia Dinh dan secara rasminya dinamakan semula sebagai Bandar Ho Chi Minh (walaupun nama Saigon secara rasmi dikenali sebagai Daerah 1-masih lagi digunakan). Pusat bandar ini terletak di tebing Sungai Saigon, 60 kilometer (37 batu) dari Laut China Selatan dan 1760 kilometer (1094 batu) bahagian Selatan Hanoi,Vietnam.
Jadi tidak mustahil sekarang Bandar Ho Chi Minh menjadi kawasan destinasi pelancongan membeli-beli utama di kalangan pelancong khususnya pelancong dari Malaysia. Selain melihat kesan sejarah Komunis dibumi Saigon dan mengusur sungai Mekong, pelancong boleh menghabiskan percutian untuk aktiviti membeli belah bagi golongan kaum Hawa.
Kumpulan Jom Bercuti Muslim kali ini membawa 31 orang dari Malaysia melawat Bandar Ho Chi Minh selama 4 Hari 3 Malam pada 04Jun bulan lalu. Kumpulan kami menaiki pesawat MH750 Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh, perjalanan mengambil masa selama 2 jam dan kami dihidangkan dengan makanan di dalam pesawat. Sememangnya seronok menaiki Mas (MH-Malaysia Hospitalty). 04 Jun (10.00am) kami tiba di airport Ho Chi Minh yang sebesar Airport Miri, Sarawak. Perbezaan masa dengan Malaysia ialah 1 Jam ke belakang.
Kami di sambut oleh pemandu pelancongan Ms Christine dan destinasi utama kumpulan kami menuju ke Restaurant Seri Penang Saigon. Kami dihidangkan dengan makanan nasik goreng. Selepas makan tengahari, kami meneruskan lawatan mengelilingi Bandar Ho Chi Minh seperti lawatan ke Lamson Masjid, Bangunan Merah Cathedral yang berusia ratusan tahun (Notre Dame Cathedral), Pejabat Pos Lama dan Jawatankuasa Dewan Rakyat, seterusnya masa lapang untuk aktiviti membeli-belah di Ben Than Market yang berdekatan dengan tempat pingapan kami iaitu Hotel Hoang Gia Huy. Lokasi Hotel 3 star Hoang Gia Huy sememangnya sesuai dan strategic kerana terletak berdekatan dengan restaurant VN Halal, sebuah kedai menjual nasik lemak Halal dan pasar Malam Ben Than. Kami makan malam di salah sebuah restoran terkenal iaitu Saigon Seri Penang Restaurant.
|
LUNCH FOR DAY 1 |
|
POST OFFICE |
|
RECEPTIONIST HOTEL |
|
BEN THAN NIGHT MARKET |
06Jun hari ketiga kami berada di Ho Chi Minh, selepas sarapan pagi, perjalanan mengambil masa selama 2 jam untuk ke daerah My Tho, kami berpeluang menyaksikan pemandangan yang indah dan sawah padi sekeliling. Setelah tiba, kumpulan kami menaiki bot menyusuri Sungai Mekong untuk ke Pulau Thoi Sun, sememangnya amat menyeronokan apabila anda melawat ladang madu lebah, tempat membuat gula-gula kelapa dan merasa pelbagai jenis buah-buahan tempatan bermusim,serta didendangkan dengan lagu-lagu rakyat tradisional di rumah orang tempatan. Anda akan berjalan di sepanjang kampung untuk melihat kehidupan penduduk tempatan dan berkesempatan untuk membeli belah di deretan kedai-kedai kraftangan yang menawarkan harga yang amat berpatutan seperti handbag kulit dan sebagainya. Kemudian pasti menyeronokan apabila kumpulan kami menaiki sampan menyusuri sungai kecil untuk ke bot. Selepas makan tengahari yang di Restoran Halal Mekong dan kembali ke Saigon. Restoran Halal Mekong tidak jauh dari jetty dan hanya mengambil masa selama kurang 10 minit untuk ke restoran tersebut. Lawatan ke Duong Ba Muslim Village Trac (Perkampungan melayu Champa). Apa yang menarik di kampong tersebut? Kami melihat sendiri penempatan masyarakat Melayu Champa di situ dan kami berpeluang membeli telekong secara borong di kampung tersebut. Kemudian kami meneruskan aktiviti membeli-belah di Russian Market, Saigon Square, Vi Anh shop, Tax center, An Dong dan membeli cenderahati di Hard Rock Café. Kumpulan kami juga berkesempatan merasai hidangan masakan vietnemese untuk santapan makan malam kami.
|
GROUP PHOTO |
|
JOM BERCUTI KE HO CHI MINH..!!! I LIKE........... |
|
WE LOVE HARD ROCK.!! PEACE (^_^) |
|
COCONUT CANDY.. |
|
WE TRY HONEY TEA....... |
|
I LIKE THIS PIC... |
|
KAMI MINUM AIR KEPALA ....BEST.!! |
|
RESTORAN MEKONG HALAL |
|
SHOPPING LAGI.!!! |
07Jun hari keempat dan merupakan hari terakhir kami di Saigon. Selepas sarapan pagi di hotel, aktiviti bebas sehingga bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan berlepas ke Malaysia. Kami menaiki pesawat MH759 bertolak pada pukul 04.40pm dan tiba di KLIA pada pukul 07.35pm. Percutian kami selama 4 hari di Ho Chi Minh pasti menyeronokan dan tidak kami lupakan.
12 comments:
wah bestnya jalan2 !! teringin sangat nak pergi vietnam.. thai dah pernah.haha
aah mmg best anif.. jom laaa pi vietnam....!!hehe
leh share x maklumat pasal tourist guide 2? nk pg next month tp xde plan lg ingt nk pkai turist guide je..tqvm
Boleh bagi saya detail tentang tourist guide tu? Dan number dia? Sbb saya nak pergi DEC ni satu keluarga 6 org. Jika tak keberatan email saya di norsham13@gmail.com atau boleh sms saya di 0172389243. Terima kasih
Boleh saya dapatkan maklumat tentang tourist guide tu juga? Kalau tk keberatan, tolong emelkan di hamizahabubakar.hab@gmail.com atau sms saya, 0125614952. Kesudian anda saya dahulukan dgn ucapan terima kasih.
please blog about this jom bercuti muslim travel group.need their details. i have many inquiry. blog it a.s.a.p. tq
best!!
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Mohon maaf pada Tuan tanah untuk boleh iklan sedikit, semoga maksud saya yang baik ini juga menjadi amal ibadah untuk Tuan hendaknya amiin.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Assalamualaikum.
. Boleh ke share tourist guide di vietnam tu. Kami nak kesana bulan depan. Boleh email saya di ikesulaiman@gmail.com.
Nak tanya benh tan market waktu siang dan malam tu adakah kedai sama..atau siang lain dan malam lain.
Hotel yang duduk tu boleh jalan kaki ke benh tan market?
Terimakasih. Harap sudi beri info.
Assalamualaikum..boleh x share info ttg tourist guide tu..email ke syah_0112@yahoo.com.my..thank you
Assalamualaikum , boleh tak tolong share maklumat tentang perkampungan melayu champa ? Kalau ada orang yang bole dihubungi kat sana pon okay jugak :) terima kasih . Bole email pada saya teletubiesmerah95@gmail.com
Mohon bagi info psl turist guide ke karimwhd@yahoo.com.sg. TK
Post a Comment