TRIP TO GENTING HIGHLAND

Me and my friends from Thailand made a sudden plan to have a day trip up to Genting Highlands last week. We took off at 10.00am from Puduraya and went straight to Genting.


 

For a fast, convenient and economical journey to Genting, you can use the Genting Express Bus Service, available from Pudu Sentral.





The 1st thing we had there is a nasi lemak breakfast at a restaurant near the cable car ride. Surprisingly, the nasi lemak is kinda good! Spicy,!! Hehe..

Then we are off to Genting!






Genting Highlands is situated on a hill in the Pahang state. It is well known for its cool climate and its casino.  Nowadays there is a lot of local people coming over to enjoy the cool  temperture and have fun with the family in the theme parks.





Genting can be considered a mini city in itself coz you will find lots of restaurants, arcades, cinema, theme park and not forgetting the casino.



























Redha Itu Ikhlas Pasrah Itu Menyerah


Bila kita membicarakan soal hati dan perasaan, pasti ada suka duka dalam menempuhi kehidupan sebagai seorang insan kerdil di muka bumi ini.  Dalam hidup ini, pasti kalian pernah merasai perasaan mencintai seseorang yang kalian suka atau minat. Tapi perasaan itu cuma anda sahaja yang mengetahui tanpa pengetahuan si Dia yang anda cinta. Wahh.! Sulit dan payah diungkapkan dalam kata-kata bila hati bersulam sayang, berbunga cinta, berkait kasih kepada seseorang. Persoalannya ialah bila orang yang anda sayang itu bukanlah milik anda.? Jadi bagaimana anda menempuhinya. Perlukah anda memendam rasa itu sehingga terkubur di hati sanubari anda?


Cinta bukanlah satu yang luar biasa tetapi bukan senang untuk kita menerima cinta apatah lagi cinta yang belum tentu hak milik kita. Cukuplah sekadar mencintai walaupun kalian sedar yang kalian tidak dicintai oleh dia. Dalam kes ini, mungkin kalian redha dengan takdir bahawa itu bukan jodoh kalian, dalam soal inilah kita belajar untuk menerima hakikat cinta yang tak kesampaian. Memanglah tak salah bagi kita untuk mencintai seseorang sebab kita manusia biasa yang punyai hati dan perasaan. Jadi disinilah kayu ukur bagi kita untuk menerima hakikat sebenar yang si Dia bukan milik kita dan redha akan semua ini. Redha biarlah secara ikhlas supaya perasaan terhadapnya sedikit sebanyak akan semakin pudar dan menghilang walaupun mengambil waktu yang lama untuk melupakan cintanya. Memetik kata-kata pujangga  “Belajarlah melupakan seseorang yang melupakan anda” Disini terbukti bahawa anda haruslah melupakan si Dia kerana si Dia sememangnya tidak pernah mencintai anda saat anda mencintainya. Saat bila anda merinduinya, pernahkah Dia mengingati anda? Saat anda mengambil berat terhadapnya, pernahkah Dia mengambil berat terhadapnya? Saat bila anda menolongnya, pernahkah Dia menolong anda di saat anda perlukan pertolongannya? Pernahkah dia berkorban saat anda perlukan pengorbanannya? Jadi jalan yang terbaik ialah melupakan si Dia walau apa jua caranya. Kebenaran yang pahit perlu anda terima walaupun pahit tetapi kepahitan itu adalah ubat.!!

Bagaimana pula jika anda mencintainya akan tetapi dia lebih mencintai orang lain dari anda? Peganglah kata pujangga “Jika dia milik kita,sesulit apa pun jalannya,apa jua rintangannya, Ia pasti Milik kita kerana cinta itu  memang untuk kita akan tetapi Jika cinta itu bukan milik kita,walaupun mudah jalannya, walaupun bersusah payah untuk kita mendapatkannya, tetapi cinta itu bukan milik kita kerana Ianya sememangnya bukan milik kita” Jadi jalan yang terbaik ialah Pasrah dengan apa yang berlaku, kita meletakkan diri kita dalam kepasrahan dan menyerah dengan takdir cinta. Jadi kesimpulanya, Redha itu biarlah ikhlas dari hati kita untuk menerima hakikat cinta dan pasrah dengan apa yang berlaku ke atas diri kita kerana menyerah kepada takdir yang Maha Esa. Jadi Redha itu Ikhlas Pasrah itu Menyerah.