CEMBURU? ADAKAH KAMU TIDAK BERSYUKUR?


"Dia tu dah lah hensem, kaya, pandai pulak tu... cemburu aku...
bertuahnya orang macam dia tu..." kalam seperti ini sering keluar
daripada bibir-bibir kita... paling tidak terlintas di dalam hati...
mengapa perlu cemburu sedangkan manusia itu diciptakan
oleh Allah berbeza-beza?? mempunyai kelebihan dan
kekurangan masing-masing...


Kenapa?? dia ada sesuatu yang lebih daripada engkau??
dia dirasakan sempurna kerana ada segala-galanya??
percayalah bahawa sesungguhnya di saat engkau mencemburui
seseorang, orang itu sebenarnya sedang juga mencemburui
engkau juga atas kelebihan engkau...



Ramai manusia yang salah anggap tentang erti kebahagiaan
hidup... adakah kerana mereka kaya dan berkuasa, mereka
mempunyai hidup yang sempurna?? adakah semua itu menjamin
kebahagiaan mereka?? adakah begitu sempit fikiran engkau
sehinggakan kamu hanya menilai daripada apa yang terpapar di
pandangan mata sahaja??


Rasakan Allah tidak adil?? adakah engkau mengharapkan
sesuatu yang sempurna?? memiliki segala-galanya di dunia
yang hanya sementara?? adakah engkau tidak bersyukur??
sesungguhnya di saat engkau mencemburui dan merasakan
diri sendiri kurang dari segenap aspek, sebenarnya engkau
sedang menyalahi ciptaan Allah...

Jangan bandingkan diri yang hina ini dengan mereka yang lebih
tinggi tarafnya... jangan terlintas rasa cemburu dan iri hati pada
mereka yang banyak memiliki harta, tapi bandingkanlah diri
dengan mereka yang bertungkus lumus hanya untuk mencari
sesuap nasi...


Takala diri sibuk mengeluh dan cemburu pada mereka yang
hensem dan cantik, tatkala itu jugalah wujud segelintir manusia
yang tidak cukup anggota badan dan hilang nikmat pancaindera...
adakah engaku fikir mereka tidak mencemburui kamu yang
sempurna tubuh badan dan masih mampu menjalani hidup yang
normal?? apa lagi nikmat Allah yang ingin kau dustakan??


Firman Allah : "dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang
yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak
dari sebahagian yang lain kerana bagi orang laki-laki ada bahagian
dari pada apa yang mereka usahakan dan bagi para wanita ada
bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada
Allah sebahagian dari kurnia-Nya... sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui segala sesuatu..." (surah An Nisa', ayat 32)


Bersyukurlah dengan siapa diri kamu sekarang... Allah kurniakan
akal agar kita mampu menilai diri yang sememangnya penuh
dengan kekurangan... buanglah sifat cemburu tersebut yang telah
sekian lama bercambah di dalam hati dengan perasaan yakin bahawa
Allah yang menentukan segalanya... Allah lebih mengetahui
sedangkan kita tidak mengetahui...

Jika terasa diri penuh dengan kekurangan, baikilah diri itu... andai
sedar diri mempunyai kelebihan yang tersendiri, tonjolkanlah dan
gunakan dengan sepenuhnya dan sebaiknya... jangan hanya
disimpan dan hanya tahu mengeluh... bersyukurlah!


Firman Allah di dalam Al-Quran : "kami telah menentukan
antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia
dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas
sebahagian yng lain beberapa darjat agar sebahagian
daripada mereka dapat mempergunakan sebahagian yang
lain... dan rahmat Tuhanmu lebih baik daripada apa
yang mereka kumpulkan..." (surah Az-Zukhruf, ayat 32)

Ingatlah bahawa semakin banyak nikmat dan kelebihan yang
kita miliki di dunia ini, semakin banyak perkara yang akan
Allah persoalkan di akhirat kelak... "harta kamu yang berlambak,
di mana kamu belanjakan??" "nikmat anggota yang kamu miliki,
untuk apa kamu gunakan??"



Akhir kalam, hendaklah kita berasa senang dengan apa yang
dimiliki oleh saudara kita... jangan sampai suatu masa, perasaan
cemburu yang sudah lama tertanam itu menjadi penyakit hati
yang lebih teruk dan menyebabkan perasaan ingin menjatuhkan
saudara sendiri... sabda Rasulullah : "tidak beriman seorang dari
kalian sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai
dirinya sendiri..." tujukanlah kalam pujian itu kepada Allah yang
menciptakan kerana semua itu adalah milik-Nya...

Farewell Note

It is with great regret to inform that today marks my last day with Holiday Tours.




This was definitely a very tough decision and took me a whole lot of consideration before finally made up my mind. Working for Holiday Tours has been a great learning experience. I could not ask for better group of colleagues. I’ve grown in many ways during my time here and I appreciate the opportunities provided for me by Holiday Tours.

I’ve enjoyed working here and appreciate the support provided me during my tenure with the company. I would like to take this opportunity to Thank You for having me as part of company. It has been my genuine pleasure to work for Holiday Tours two years.

I would like to take this opportunity to thank my colleagues and let you all know how I've enjoyed working with you these past 2 years.



I wish you all success in the future and am grateful for the opportunity to work with you.

Thanks & Regards
Mohd Fazir


ITuLah CiNTa


Percaya atau tidak, kita memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang kita cintai.
Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa kita amat mengambil berat mengenai si dia.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.
Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.
Cinta Itu Indah tapi tak semua orang boleh mengerti apa itu Cinta, apa itu Kasih dan apa itu Sayang. Kadang-kadang kita sendiri tidak pernah Sedar dan Kita tidak pernah tahu bahawa ada orang yang sentiasa ambil tahu pasal kita..  
Dia intai kita dalam senyap.
Dia perhatikan dan “stalker” wall kita setiap hari untuk tengok post terbaru.
Dia tengok semua gambar kita dalam album.
Dia tengok semua tanpa tinggalkan sebarang kesan dan jejak.
Dia baca setiap post kita hanya sekadar membaca tanpa sebarang reaksi.  
Dia dengar setiap masalah kita walaupun masalah itu tentang kita dan kekasih kita.
Dia siap cadangkan lagi jalan penyelesaian yang membina,walaupun kadang-kadang hatinya terluka.
Dia ambik berat dan ambil tahu tentang kita.
Sampai suatu hari dia tidak ada bersama kita, Dia menyepi seketika dan Kita merasa ketiadaannya.. Kita sunyi tanpa dia.. Kita rasa ada yang kurang dalam hidup tanpa gelak ketawa bersamanya..
Itulah sebenarnya yang bernama CINTA..!!  Kadangkala  kita sukar membezakan antara Sayang dan Cinta..Antara KASIH dan SAHABAT..Antara KEMAHUAN dan KEPERLUAN kerana kita tidak pernah sedar apa yang melintas di ruang masa...Dan ini adalah realitinya.
p/s >>>Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.

SaLam RaMaDhan



Syukur Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur untuk menyambut Ramadhan yang tahun ini. Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik bagi diri kita. Semoga kita mampu untuk berubah kepada lebih baik dan kekal sehingga Ramadhan tahun berikutnya.
Sempena menyambut Ramadhan ini, sama-samalah kita membersihkan diri kita daripada dosa agar Ramadhan kali ini menjadi suatu titik perubahan dalam diri kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.
Sama-samalah kita berdoa:
Bismillah...
Ya Allah ya tuhan kami,
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ibu bapa kami,
Ampunkan dosa-dosa isteri/suami kami,
Ampunkan dosa-dosa anak-anak kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ahli keluarga kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa muslimin dan muslimat saudara kami ya Allah.

Panjangkan umur kami dengan berbuat amal ibadat kepadaMu ya Allah,
Hindarilah diri kami dari melakukan dosa-dosa kepadaMu ya Allah,
Engkau teguhkanlah iman kami ya Allah,
Matikan diri kami dalam keadaan beriman kepadaMu ya Allah,
Murahkan rezeki kami dengan rezeki yang halal ya Allah,
Masukkan kami ke dalam syurgaMu ya Allah,
Jauhikan kami dari azab seksa nerakaMu ya Allah,
Temukan kami dan keluarga kami di dalam syurgamu ya Allah.
Amin...

JELAJAH HO CHI MINH VIETNAM

Ho Chi Minh City, yang dahulunya dikenali sebagai Saigon iaitu bandar yang terbesar di Vietnam. Ia pernah dikenali sebagai Prey Nokor, pelabuhan laut Khmer yang penting sebelum pengistiharaan oleh Vietnam pada abad ke-17. Di bawah nama Saigon, ia adalah dibawah kuasa  Koloni Perancis Cochin-China dan kemudiannya menjadi Vietnam Selatan pada tahun 1955-1975. Pada tahun 1976, Saigon digabungkan dengan Gia Dinh dan secara rasminya dinamakan semula sebagai Bandar Ho Chi Minh (walaupun nama Saigon secara rasmi dikenali sebagai Daerah 1-masih lagi digunakan). Pusat bandar ini terletak di tebing Sungai Saigon, 60 kilometer (37 batu) dari Laut China Selatan dan 1760 kilometer (1094 batu) bahagian Selatan Hanoi,Vietnam.
Jadi tidak mustahil sekarang Bandar Ho Chi Minh menjadi kawasan destinasi pelancongan membeli-beli utama di kalangan pelancong khususnya pelancong dari Malaysia. Selain melihat kesan sejarah Komunis dibumi Saigon dan mengusur sungai Mekong, pelancong boleh menghabiskan percutian untuk aktiviti membeli belah bagi golongan kaum Hawa.

Kumpulan Jom Bercuti Muslim kali ini membawa 31 orang dari Malaysia melawat Bandar Ho Chi Minh selama 4 Hari 3 Malam pada 04Jun bulan lalu.  Kumpulan kami menaiki pesawat MH750 Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh, perjalanan mengambil masa selama 2 jam dan kami dihidangkan dengan makanan di dalam pesawat. Sememangnya seronok menaiki Mas (MH-Malaysia Hospitalty). 04 Jun (10.00am) kami tiba di airport Ho Chi Minh yang sebesar Airport Miri, Sarawak. Perbezaan masa dengan Malaysia ialah 1 Jam ke belakang.


Kami di sambut oleh pemandu pelancongan Ms Christine dan destinasi utama kumpulan kami menuju ke Restaurant Seri Penang Saigon. Kami dihidangkan dengan makanan nasik goreng. Selepas makan tengahari, kami meneruskan lawatan mengelilingi Bandar Ho Chi Minh seperti lawatan ke Lamson Masjid, Bangunan Merah Cathedral yang berusia ratusan tahun (Notre Dame Cathedral), Pejabat Pos Lama dan Jawatankuasa Dewan Rakyat, seterusnya masa lapang untuk aktiviti membeli-belah di Ben Than Market yang berdekatan dengan tempat pingapan kami iaitu Hotel Hoang Gia Huy. Lokasi Hotel 3 star Hoang Gia Huy sememangnya sesuai dan strategic kerana terletak berdekatan dengan restaurant VN Halal, sebuah kedai menjual nasik lemak Halal dan pasar Malam Ben Than. Kami makan malam di salah sebuah restoran terkenal iaitu Saigon Seri Penang Restaurant.

LUNCH FOR DAY 1



POST OFFICE



RECEPTIONIST HOTEL




BEN THAN NIGHT MARKET




Pada 05Jun iaitu hari kedua kumpulan kami di bumi Saigon, selepas sarapan pagi kami meneruskan lawatan ke Cu Chi Tunnel dan perjalanan mengambil masa selama 30minit , kami berpeluang menyaksikan sendiri pengalaman melihat kesan sejarah peperangan dan terowong lebih daripada 200km panjang yang digunakan untuk menjadi tempat perlindungan gerila semasa zaman perang terhadap askar Amerika dahulu. Kumpulan kami kembali ke Ho Chi Minh untuk makan tengahari di restoran Vietnam Delight Restaurant. Vietnam Delight adalah sebuah restaurant muslim yang masih baru lagi tetapi sudah tidak asing bagi pelancong Malaysia dan Singpore. Saya di pahamkan pengurus restaurant tersebuta adalah orang Johore / Singapore iaitu En Fadzil. Kemudian kami melawat ke Masjid Ar-Rahim serta menunaikan solat zuhur dan asar. Seterusnya lawatan kami ke Muzium Perang, lacquer ware factory terkenal dan pusat kraftangan, kami juga berpeluang membeli-belah di pasar China Town yang terkenal dengan tempat menjual pelbagai jenis kain fabric dengan harga yang murah dan amat berpatutan, Hong Anh Shop dan Kedai Mai.  Pada petang itu juga kami sempat menyaksikan pertunjukan boneka air “Golden Dragon Water Puppet Theatre”. Kami makan malam di salah sebuah restaurant halal. Kami juga berpeluang menaiki cruise mengelilingi sungai Mekong dan melihat pemandangan malam di Saigon. Di dalam cruise juga kami dihiburkan dengan nyanyian oleh orang tempatan dan persembahan “Tiger show”. Pasti sangat menyeronokan dan pengalaman manis bagi kumpulan kami.











SAYA SUKA MAKAN UBI REBUS DI CI CHU TUNNEL..SEDAP..!!!



Menikmati santapan makan tengahari di restoran Vietnam Delights

kami solat di Masjid selepas balik dari Cu Chi tunnel.

Saigon Square


JANGAN LUPA TRY AISKRIM KELAPA .. SEMEMANGNYA SEDAP TERAMAT SANGAT.!!



KAMI MENYAKSIKAN PUPPET SHOW


GET READY TO DEPART....JOM NAIK CRUISE...PASTI MENYERONOKKAN



WOW..!! TIGER SHOW...DON'T MISS.!! HAHA




06Jun hari ketiga kami berada di Ho Chi Minh, selepas sarapan pagi, perjalanan mengambil masa selama 2 jam untuk  ke daerah My Tho,  kami berpeluang menyaksikan pemandangan yang indah dan sawah padi sekeliling. Setelah tiba, kumpulan kami menaiki bot menyusuri  Sungai Mekong untuk ke Pulau Thoi Sun, sememangnya amat menyeronokan apabila anda melawat ladang madu lebah, tempat membuat gula-gula kelapa dan merasa pelbagai jenis buah-buahan tempatan bermusim,serta didendangkan dengan lagu-lagu rakyat tradisional di rumah orang tempatan. Anda akan berjalan di sepanjang kampung untuk melihat kehidupan penduduk tempatan dan berkesempatan untuk membeli belah di deretan kedai-kedai kraftangan yang menawarkan harga yang amat berpatutan seperti handbag kulit dan sebagainya. Kemudian pasti menyeronokan apabila kumpulan kami menaiki sampan menyusuri sungai kecil untuk ke bot.  Selepas makan tengahari yang di Restoran Halal Mekong dan kembali ke Saigon. Restoran Halal Mekong tidak jauh dari jetty dan hanya mengambil masa selama kurang 10 minit untuk ke restoran tersebut.  Lawatan ke Duong Ba Muslim Village Trac (Perkampungan melayu Champa). Apa yang menarik di kampong tersebut? Kami melihat sendiri penempatan masyarakat Melayu Champa di situ dan kami berpeluang membeli telekong secara borong di kampung tersebut. Kemudian kami meneruskan aktiviti membeli-belah di Russian Market, Saigon Square, Vi Anh shop, Tax center, An Dong dan membeli cenderahati di Hard Rock Café.  Kumpulan kami juga berkesempatan merasai hidangan masakan vietnemese untuk santapan makan malam kami.




GROUP PHOTO




JOM BERCUTI KE HO CHI MINH..!!! I LIKE...........

WE LOVE HARD ROCK.!! PEACE (^_^)


COCONUT CANDY..



WE TRY HONEY TEA.......



I LIKE THIS PIC...













KAMI MINUM AIR KEPALA ....BEST.!!

RESTORAN MEKONG HALAL




SHOPPING LAGI.!!!





07Jun hari keempat dan merupakan hari terakhir kami di Saigon. Selepas sarapan pagi di hotel, aktiviti  bebas sehingga bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan berlepas ke Malaysia. Kami menaiki pesawat MH759 bertolak pada pukul 04.40pm dan tiba di KLIA pada pukul 07.35pm. Percutian kami selama 4 hari di Ho Chi Minh pasti menyeronokan dan tidak kami lupakan.