BEIJING WINTER SEASON (22Dec-27Dec 2011)

Sebelum kaki mengorak langkah, sebelum bibir mengatur bicara, eloklah kiranya sye memperkenalkan diri terlebih dahulu..bak kata pepath “Tak Kenal Maka x Cinta” hahahaha, opss.. salah skrip laa.. I teringat zaman sekolah mase pertandingan perbahasan dulu..hikhik.. rindu zaman sekolah,.! Ermmm baiklah kali ni I bukan nak citer pasal zaman cinta monyet dulu kala, .Everybody.! hari ni I nak update myblog yang daa cam hidup segan mati x mahu.. Blog I bukan nye active sangat pon..Follower pon x macam orang lain, bape kerat jer laa… ermmm. I buat blog ni sebab suke2x jer nak share n keep my journey sepanjang I bekerja dalam dunia pelancongan..wah, seolah2x diriku ini bekerja di awan biru, steward? Layak ker erk? Hahaha., Baiklah kekawan,  hari ni I nak update sikit pasal mylast trip hari tu pergi Beijing selama 6hari 5malam. Wah winter season yang amat menyeronokkan, lagi2x laa Christmas time..  

Kami bertolak dari airport KLIA 22 Dec pada pukul 0925am, so pukul 6.30 kami daa kene ade kat airport, malam tu I tido rumah mybrother and soh diey hantar I pergi airport.. thanks Bang Long.!! Hikhik.. menaiki pesawat Malaysia Airlines MH378, perjalanan kami mengambil masa selama 6jam..fuhhhhh agak lame laa jugak beb….mati kutu dibuatnye dalam flight tu, naseb baek laa MAS ade entertainment, boley laa I layan movie & men game,,hihi,. Melantak pon puas jugak on board sebab MAS bagi kami makanan yg sedap2x.hahahaha..  Kami sampai di Airport Beijing pukul 03.05ptg waktu disana,. Tiada perbezaan masa antara Beijing dengan Malaysia. Selepas urusan imigresen dan pemgambilan luggage, kami disambut oleh Tour Guide iaitu Mr Sulaiman a.k.a Leman.. Mr Leman fasih berbahasa melayu Indonesia..  Sampai sahaja di Beijing, kami memulakan aktiviti shopping dulu..hahaha.. sebab myclients ramai yang x bawak winter cloth, so must buy.!! Kesejukan yang teramat sangat… tahap gaban beb,! Malam tu sebelum dinner kat restaurant muslim, kami menyaksikan Acrobatic Show selama 45min..  kami check in hotel pukul 8.30 mlm, group kami menginap di Hotel Long Ding Hua.




Day2, 23Dec- selepas breakfast di hotel, kami memulakan perjalanan ke Crystal shop selama 1 jam.  Selepas itu, kami bermain ski, wow siyesly memang best. Bukan myclients jer teruja, I pon same jugak.! Kami main sepuas puasnya.,.meluncur dengan confident yer.!! Walaupun beberapa jugak terjatuh..wah..peduli ape I kat orang.!! Janji happy..hahaha.. seronok tol main ski, 2 jam memang x cukup. Hahaha.. after Lunch kat Resturant Muslim, kami lawatan ke Great Wall of CHINA yang merupakan  tarikan utama bagi pelancong yang melawat bumi Beijing.  X sah kalo anda ke Bejing kalau anda tidak menjejak kaki ke Tembok besar China.. Suhu pagi itu sangat sejuk.! Mulut berasap kalo bercakap.! Hahaha..suke tol budak2x ni.. kali ni group yang I bawak banyak budak2x, I lead for 14adult + 7 childs..  Memang best betol part depa mengurut kaki kami & merendamkan kaki dengan air (tea) panas. Kalo kat China, tea bukan untuk minum jer, tapi untuk rendam kaki pon ade..hahaha. yang penting Halal.!! Itu laa trademark mygroup kalo ni..Word “Halal” x lekang dek mulut, asyik sebut halal jer.. hahaha… kali ni mygroup memang sporting giler. I memang suke lead group yang leh satu kepale macam ni..













Day3, 24Dec- breakfast at hotel, after that we proceed to Tiananmen Square and visit Forbidden City. Forbidden City adalah sebuah Istana Empayar terbaik dengan struktur purba terbesar yang mewah dan terletak di bandar Beijing. Selepas itu, kami melawat Burning Cream Centre. Malam tu sebelom Dinner, kami berkesempatan untuk menyaksikan "shaolin kung fu show"












Day4, 25Dec- seperti biasa selepas breakfast kat hotel, kami berkumpul di lobby hotel dan meneruskan perjalanan  to the Bird’s Nest dan melawat Olympic sponsor Jewelry City.  seterusnya lawatan Summer Palace. Gosh.! Air Kunming Lake  daa menjadi beku. So ape lagi.!! Jom kiter men ice-skating.  Tempat paling sejuk yang kami kunjungan, walaupun suhu tetap menten sekitar 14-15 degree celcius.Tapi disebabkan Summer Palace ini dikelilingi oleh Tasek Kunming mneyebabkan suhunya semakin sejuk.Sangat cantik pemandangan di sekitar kawasan ni.Tapi sayangnya pada hari kami berkunjung ke sini, cuaca berkabus dan menyebabkan pemandangan background kurang jelas.Jika dilihat dengan mata kasar..sangatlah cantik. Menurut guide kami Summer Palace ni didiami oleh maharaja pada musim panas. Disebabkan cuaca di Beijing sangat panas, jadi maharaja akan berpindah dari Kota Larangan dan tinggal di Summer Palace. Lawatan kami diteruskan dengan melawat Fresh Water Pearl Shop, Tea House  dan Silk Store. Kami juga sempat untuk shopping di Hard Rock Café Beijing dan shopping di Yang Guang Jin Jie Market.










Day5, 26Dec – breakfast at Hotel, Hari ni aktiviti kami more to shopping, kami pergi ke Wangfujing Shopping Street dan Yaxiu Market. Today last day kami untuk shopping, so ape lagi mygroup.! Time ni laa depa menghabiskan duet untuk shopping..fuhh..orang Malaysia memang kuat shopping.! Kalo anda ke Beijing, jangan takut untuk tawar menawar dengan peniaga. Sebab kat sini, kalo u x tawar, confirm kene sembelih.!! Haha…depa kat sini pandai cekik darah pelancong. So kene  terer sikit tawar tu, jangan takot.! Depa x marah pon kalo kita x jadi nak beli.. tips utk anda.!! Hihi.



Day6, 27Dec- kami terpaksa check out dari hotel pepagi buta,.pukul 04.30pagi kami daa bergerak ke Airport Beijing. Kami bertolak dari Beijing pukul 08.55pagi menaiki pesawat MH378 dan selamat sampai di KLIA pada pukul 03.20petang.
p/s : Thank You so much to myclients sebab u all memang best & I’m so happy during this tour, enjoy together with mygroup. Kali ni, group I memang kuat shopping.!! U all memang kaki shopping. TerBaek.!! Haha.. tqvm to family kak Raja Aishah, abg Zaiyat & kak Su, Kak Farahely sekeluarga, En Pabila & Kak Noraishah sekeluarga, Nasri dan Aida, Pn Noraini, Sofia also…  kenangan manis bersama u all winter season & Christmas 2011 di bumi Beijing. InsyaALLAH kalo ade umur yang panjang, kiter berjalan sama-same lagi yer..hikhik..muahhxx..!!

2 comments:

suhailah kamal said...

kesejukan yang amat sangat ketika di forbidden city.. nisa yang konon2 macam tahan sejuk sebelum tu akhirnya kalah ketika berada si forbidden city..

Mohd Faziel said...

hahahahah yes..! sememangnya... kesejukan sgt..tapi yg penting, our group mmg best.. u know what? kak aishah n en pabila (family) tu ikot saye pergi jogja solo luse ni..sabtu.... raja aishah, sye arrangekan singpore package this weekend... hihihu....