5D4N HONG KONG/ SHENZHEN (15DEC-19DEC 2011)

Salam..hyep guys..fuhhh!! lame nye laa I x update myblog.. sorry laa peminat yer..lately ni agak busy memanjang jer sampai lupe nak update myjourney.. baik lah.. today I nak share kat korang pasal mytrip to Hong Kong / Shenzhen 15Dec – 19 Dec hari tu.. Ermm.. pehhh Asignment dapat ke Hong Kong lagi…hajat di hati nak g Korea, berangan jer I nak winter kat sane..! tapi x der rezeki laa beb..xper,..insyaAllah, nanti laa mane tau dapat assignment Korea winter season..Aminnn.. hikhik.. Sungguh pon ni kali ke-3 I pergi Hongkong Shenzhen, tapi group kali ni seronok jugak..  I lead untuk 18 Adults + 3 Childs…  Flight MH72, kami berkumpul di KLIA seawall jam 06.30 pagi dan berlepas pada pukul 09.15am waktu Malaysia. Perjalanan kami mengambil masa selama 3 jam lebih dan sampai di HongKong airport pada pukul 01.00ptg. Tiada perbezaaan waktu antara Malaysia & Hongkong ( sama jer).. hikhik.. so jangan nak berangan pulak seolah olah duduk di Europe..Asia jer pon.. haha..


Next, selepas sampai jer airport, I bagi mase 15minit kat myclients pergi washroom a.k.a toilet untuk fresh-up.. Yer la, muke baru bangun tdow kot, daa laa kol 4pagi kol 5pagi daa kuar rumah.. then next > check immigration (please make sure your immigration card already fill up & sign)  > claim luggage > then kami berjumpa dengan Tour Guide yang menyambut kedatangan kami. Kali ni I dapat Guide bernama Michael umo dalam lingkungan 30an..  Destinasi pertama kami ialah melawat Victoria Peak, kami menaiki Peak Tram Ride (one way) untuk ke situ. Kami berpeluang untuk melawat Madam Tussuad (museum yang menyimpan pelbagai jenis patung Lilin artist yang famous.. Ramai laa bintang popular tanahair kiter.!! Opsss salah…xder dlm list yer Malaysia.. hahhaha.. ramai selebriti antarabangsa didalam Museum Lilin tersebut…

Setelah menhabiskan masa selama 1jam 30min didalam museum tersebut, kami juga berkesempatan untuk shopping kat Hard Rock Café HongKong.. ape lagi.!! I shopping laa beli baju…hehehe.. saje jer nak beli ,kumpul collection baju Hard Rock.. Seterusnya kami melawat Bauhinia Square,. Ape tu Golden Bauhinia Square?? Clients I tanyer, itu tempat ape Faziel… baik lah.. sebenarnya Golden Bauhinia Square adalah sebuah kawasan terbuka di Wan Chai North, Hong Kong, ianya terletak di luar Hong Kong Convention and Exhibition Centre, di mana upacara penyerahan Hong Kong dan penubuhan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong telah diadakan pada Julai 1997 di sini.. hikhik.. terror jugak aku bab bab sejarah Hong Kong ni..hahaha..yer laa daa selalu dengar tour guide explain kat my clients.. so I boleh laa ingat ape diey cakap.. selepas makan malam di salah satu restaurant Indian, kami ke L’Hotel Nina untuk urusan check in…. kepenatan sangat.!! Kali ni group kami amat bertuah kerana merasai menginap di Hotel kategori 5 bintang dan menginap seolah2x berada di KLCC, kami stay kat tingkat 45..mampu?? haha,.,. hotel ni ade 89 tingkat ,memang tinggi tol hotel ni… view yang sangat cantik, menghadap ke laut….wahhh.best sangat..
Day 2 (16 Dec 2011)- selepas breakfast kat Hotel (International buffet) kami bertolak dari hotel pukul 09.30 pagi menuju ke Hong Kong Disneyland. Sebelum masuk ke dalam Disneyland, kami sempat mengambil “group photo” disana. Usually, kami akan mengambil masa sepanjang hari di dalam Disneyland sehingga kemuncak pertunjukan Fire Work “bunga api” pukul 08.00mlm. Petang tu disebabkan I rase bored sangat dalam Disneyland sebab daa datang situ 2 kali sebelom ni,. So planned ajak myclients mengular….gi mane?? Hehehe..ni optional tour..xder dalam itinerary pon, kami pergi ke Citigate Factory Outlets. Time for Shopping..!!! dari Disneyland, kami ambek train ke Sunny Bay then tukar train pergi ke Tung Chung, last station… hahahaha. I kan Tour Leader yang baik, suke bawak clients berjalan dan merasa utk menaiki public transport. Tapi own expenses. Kihkih..!! Cewah,.,masuk bakul angkat sendiri.. hahahaha..  malam tu kami dinner dalam Disneyland, walaupun sebenarnya susah nak cari restaurant 100% halal dalam tu, tapi kami makan meals yang ground operator kami daa arrange kan “pork free & vegetarian food”.. 










Day 3 (17 Dec 2011) selepas breakfast kami, bertolak dari hotel pukul 09.00pagi dan melawat Jewelry Factory selama 30min, seterusnya melawat Aberdeen Fishing Village. Kami menaiki boat untuk melihat sendiri penempatan perkampungan nelayan di situ.  Selepas makan tengahari di Islamic Center dan menunaikan solat di Masjid, kami meneruskan lawatan ke Ocean Park.  Kami menghabiskan masa selama 4jam di sana dan bertolak ke Shenzhen pada pukul 06.30ptg. Untuk ke Shenzhen, group kami menaiki train selama 45min dari Hong Kong. Selepas sampai di Shenzhen pada pukul 8.00pm, kami terus ke restaurant muslim untuk makan malam. Masing-masing sudah kelaparan..!! after dinner, kami check in di FX Hotel .. ini kali ke 2 I stay kat hotel  ni, location ok laa, senang nak cari taxi, kalo nak shopping across jalan depan hotel jer, kedai makan muslim pon senang, just 5min jalan kaki sebelah kiri hotel..






Day 4 (18 Dec 2011) kami melawat Tian Gong Fang Mineral shop & Gemgod Fund Treasury (Jade). After that lunch at Muslim Restaurant. Seterusnya kami melawat Window Of The World, di sana kami berpeluang mengelilingi kawasan Window Of The World dengan menaiki train. Jika sampai ke Shenzen tidak sah sekiranya tidak disusuli dengan lawatan ke Window of the world  atau Jendela Dunia. Taman replika mercu tanda sesebuah negara yang terkenal diwujudkan di sini. Oleh itu apabila kita mengunjungi Window of the world seolah olah kita berada di benua Asia, Amerika hingga ke  Eropah. Selepas menghabiskan selama 3jam di Window Of The World, kami ke restaurant muslim untuk menjamu selera (makan malam). Pada malam last kami di Shenzhen, kami berpeluang untuk shopping di Dogmen Street iaitu salah satu tempat shopping wajib dikunjungi.









Day 5 (19 Dec 2011) last day kami di Shenzhen, selepas sarapan dan urusan check out, kami bertolak ke station dan seterusnya menaiki train ke Hong Kong selama 45min. Flight kami bertolak dari Hong Kong Airport pukul 02.45ptg menaiki pesawat MH73, dan alhamdullilah selamat sampai jam 06.25ptg..

1 comment:

queen_al said...

very infomative! nk tanya, apa nama hotel kt hong kong and shen zhen tu?