ITuLah CiNTa


Percaya atau tidak, kita memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang kita cintai.
Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa kita amat mengambil berat mengenai si dia.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.
Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.
Cinta Itu Indah tapi tak semua orang boleh mengerti apa itu Cinta, apa itu Kasih dan apa itu Sayang. Kadang-kadang kita sendiri tidak pernah Sedar dan Kita tidak pernah tahu bahawa ada orang yang sentiasa ambil tahu pasal kita..  
Dia intai kita dalam senyap.
Dia perhatikan dan “stalker” wall kita setiap hari untuk tengok post terbaru.
Dia tengok semua gambar kita dalam album.
Dia tengok semua tanpa tinggalkan sebarang kesan dan jejak.
Dia baca setiap post kita hanya sekadar membaca tanpa sebarang reaksi.  
Dia dengar setiap masalah kita walaupun masalah itu tentang kita dan kekasih kita.
Dia siap cadangkan lagi jalan penyelesaian yang membina,walaupun kadang-kadang hatinya terluka.
Dia ambik berat dan ambil tahu tentang kita.
Sampai suatu hari dia tidak ada bersama kita, Dia menyepi seketika dan Kita merasa ketiadaannya.. Kita sunyi tanpa dia.. Kita rasa ada yang kurang dalam hidup tanpa gelak ketawa bersamanya..
Itulah sebenarnya yang bernama CINTA..!!  Kadangkala  kita sukar membezakan antara Sayang dan Cinta..Antara KASIH dan SAHABAT..Antara KEMAHUAN dan KEPERLUAN kerana kita tidak pernah sedar apa yang melintas di ruang masa...Dan ini adalah realitinya.
p/s >>>Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.

2 comments:

mygirlz said...

like like this post!!
jiwang btul skrang nih....

Mastutik said...

True love...also includes commitment, trust and respect:)