Sahabat dan Cinta



Nak citer topic ape erk.?? Cinta,,,,Sahabat,,, ok baiklah I nk comment pasal Cinta & Sahabat.
Ketika I sedang mencari benda yang nak di post, i terpikir nak buat pasal sahabat dan cinta. Cakap pasal ni, i rasa sayu, bab pernah dahulu i ada seorang sahabat yang saya sangat sayang. Seorang kawan  yang memang rapat dengan i..I letak kan disini buat tatapan semua.. hayatilah wahai sahabat ku..


Orang kata SAHABAT tu SELAMANYA~~
Orang kata SAHABAT lebih dari CINTA~~
Orang kata sekali SAHABAT selamanya SAHABAT~~
Orang kata pilih lah SAHABAT dari CINTA~~
Orang kata mereka pentingkan SAHABAT dari CINTA~~

SEBABNYA???

Mereka kata CINTA itu buta dan akan menyebabkan kita JATUH dan TERLUKA~~
Mereka kata SAHABAT pula akan bantu kita BANGUN dan PULIHKAN kita~~
Mereka kata CINTA boleh di cari tetapi SAHABAT sukar untuk di cari~~

MAKA.....

Mereka pilih SAHABAT dari CINTA...
Mereka dahulukan SAHABAT dari CINTA...
Mereka pentingkan SAHABAT dari CINTA...

TETAPI....
Bila mereka mula merasai CINTA~~
SAHABAT di tinggalkan...SAHABAT di lupakan...
CINTA boleh menegur tentang SAHABAT...tapi...
SAHABAT tak boleh menegur tentang CINTA...
Kata-kata dan ikrar hanya tinggal kata-kata tanpa makna..

SEBABNYA~~

CINTA telah menjadi segala-galanya~~
CINTA telefon tgh malam nak masuk pagi tak apa~~
CINTA merajuk tak apa~~
CINTA marah tak apa~~

BILA~~

SAHABAT telefon malam dh nak pagi, talian sibuk...
"CALL WAITING" pun tak kesah dh...
SAHABAT ada masalah langsung tak di endahkan...
SAHABAT merajuk, dia yang marah...
SAHABAT marah, dia terus putuskan persahabatan...

SEBABNYA~~

Dia fikir CINTA akan temani dia...
Tapi..dia tak pernah fikir "adakah cinta itu cinta abadi dan sejati?"..
Sedangkan SAHABAT sejati sudah ditinggalkan...


AKHIRNYA~~
Setelah di tinggalkan dan dilukai oleh CINTA...
Dia kembali mencari SAHABAT...
Meminta-minta kembali kasih SAHABAT..
Luka SAHABAT terlalu dalam..
Namun, SAHABAT masih menerimanya...
Kerana, bagi sahabat, SAHABAT ADALAH SELAMANYA..
Luka yang telah di gores di hati, SAHABAT menganggapnya sebagai dugaan PERSAHABATAN..
Kerana bagi SAHABAT~~"Sahabat sebenar akan mencapai tangan sahabatnya dan akan menyentuh hatinya"..


~Hidup Itu Indah Jika Kita Tahu Bagaimana Untuk Mencorakkannya~

P/S : Jangan mengatakan sesuatu yang tidak dapat anda tunaikan kerana ianya hanya akan melukai hati seseorang yang mementingkannya~~
dan paling penting adalah cari lah CINTA yang mampu menjadi SAHABAT..


Sayang korang wahai sahabat ku... selamanya...

No comments: