JoM BeRamBeH ke KuCHinG (Part 1)


24 JUNE 2011 (Jumaat) - bertolak dari LCCT pada pukul 09.55mlm dan sampai di KIA pada pukul 11.40mlm..

biler nak fly ni..?? hihihi..excited nk g oversea ni..






Kami menaiki teksi (cab) dari KIA ke hotel Grand Magherita dan perjalanan mengambil masa selama 20 minit sahaja. Setelah urusan check in, kami masing-masing balik ke bilik kerana kepenatan.. Malam itu kami sempat merayap jap pi makan kat Mcd.. (farina, hazlina and i jer)..hihihi


ini laa Hotel kami..Grand Magherita..4 star erk......ko MamPu???


wow....twin sharing..single bed yang besar,,,,,






ini Bilek Kami...opssss KaMi??? siapa kami...heeee..


25 June 2011 (Sabtu) - kami bergerak dari Hotel dan destinasi pertama yang kami lawati ialah Kampung Budaya Sarawak. Perjalanan selama 45minit tidaklah begitu lama bagi kami kerana masing-masing excited sambil menikmati pemandangan di sekeliling.


VAN YANG KAMI RENTAL....MATAHARI TOURS...MY EX COMPANY


GUNUNG SANTUBONG

Kampung Budaya Sarawak terletak di kaki gunung Santubong.. Kali ni, i bawak group Cik Kiah Holiday Tours pergi tanah tumpah darahku sarawak bumi kenyalang.. daa setahun i x balek sarawak.. byk jugak perubahan yang i tgk exspecially Jalan Sultan Tengah.. daa ada jalan 2 lorong,.. Maju SaRawak Maju, itulah slogan Taib (Tok Uban)... si Hazlina beriya beno nak jumpe Taib Mahmud,...suke Ker?? motif.... hihihi.


GROUP PHOTO....opppsss anak kak Noor lupe...



kami naek Jambatan orang Bidayuh..

background belakang tu RUMAH MELANAU
Selepas puas menjelajah Kampung Budaya Sarawak, kami menjamu selera (makan tengahari) di Kampung Buntal iaitu salah sebuah perkampungan nelayan. Seterusnya kami melawat Muzium Kuching yang terletak di Bukit Siol.


DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA (DBKU)













Perjalanan kami diteruskan melawat Semenggoh Orang Utan. Perjalanan selama 1 jam lebih kerana Semenggoh Orang Utan terletak di kawasan Padawan (Kuching Selatan). sebenarnya bandaraya Kuching terlalu besar jadi pentadbirannya terbahagi kepada dua iaitu Kuching Utara dan Kuching Selatan.. Bahagian selatan kebanyakan penduduk bukan bumiputera iaitu Cina manakala bahagian Utara ramai dikalangan masyarakat bumiputera khususnya Melayu.









MASE NI KAMI NAK MASUK DALAM HUTAN..FEEDING AREA...200M..JAUH GAK TU..








INI LAH RITCHIE,.ORANG UTAN PALING BESAR KAT SEMENGGOH ORANG UTAN








Kami meneruskan lawatan ke Kilang Pasu. Disana kami berpeluang untuk membeli pasu sarawak sebagai cenderahati.




AMBOI KAK...MAK HAYAM I TGK PASU..BELI KER?????




Seterusnya melawat Civic Centre dan berpeluang untuk melihat pemandangan seluruh bandaraya Kuching dari atas bangunan tersebut.


CIVIC CENTRE KUCHING










Kami sempat mengambil gambar di replika Kuching "Landmark Bandaraya Kuching"














Kami makan malam di Top Spot, Bukit Mata Kuching. Nak share gan korang ni,, malam tu kami makan 1 table ade 9 orang, Mak Aik.!! murah siott....RM200 lebih jer... mmg berbaloi dengan makanan yang kami order..murah sangat-sangat jika dibandingkan harga di semenanjung.









SAYANG NYER.!! MALAM TU KAMI X DPT NAK RASA SAYUR MIDIN...


26 June 2011 (Ahad)- Kami melawat Pasar Satok yang terkenal dengan jualan Ikan Terubok Masin dan pergi membeli kek lapis di Kampung Boyan iaitu Kedai Dayang Salhah..
Kami menaiki perahu tambang untuk ke seberang.






KEK LAPIS DAYANG SALHAH KAMPUNG BOYAN









BERTOLAK dari Kuching Int Airport (KCH) pukul 1950 (7:50 PM) dan kami sampai di Kuala Lumpur LCCT (KUL) pada pukul 2130 (9:30 PM)..Bubyyyeee Kuching..meoowww...
KAK HAZ..!! CUBE TGK SWEATER KUNING TU....INGAT X? HAHHAHAHAHAAA

No comments: