JoM BeRamBeH Ke KuCHinG (Part II)


Hari ke Dua kami Di Bumi Kenyalang, kami bertolak pada pukul 9.30 pagi ke Sarawak Culture Village ( Kampung Budaya Sarawak) dengan menaiki bas persiaran (Matahari Tours).Perjalanan kami mengambil masa selama 45 minit dari Bandaraya Kuching. Kampung Budaya terletak berhampiran kaki gunung Santubong. Pemandangan yang indah sepanjang perjalanan memukau mata kami sambil mendengar serba sedikit info mengenai Kuching dan Lagenda Puteri Santubong & Puteri Sejinjing daripada Tour Leader selaku Guide kami (huhuhuhu) siapa?? i laaa.......sape lagi...hahaha






DIGELAR muzium hidup terbesar dunia, Kampung Budaya Sarawak menjadi destinasi mesti dikunjungi untuk mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke negeri Bumi Kenyalang ini.

Apa yang menanti pengunjung di taman seluas 4.25 hektar ini adalah kediaman tradisional tujuh suku kaum utama iaitu Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Penan, Melanau, Melayu dan Cina. Setiap satunya memaparkan keunikan cara hidup dan budaya suku kaum utama Sarawak.
Berlatarbelakangkan pemandangan indah Gunung Santubong, siapa sangka taman yang sudah mengungguli pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa, dibangunkan di kawasan perkampungan nelayan dan hutan belantara.




Di pintu masuk, tetamu akan disambut dengan beberapa patung menggambarkan kepercayaan warisan pelbagai suku kaum yang dipaparkan di taman ini. Pengunjung turut dibekalkan dengan pasport khas yang akan dicop setiap kali selesai mengunjungi setiap rumah.










Rumah Bidayuh misalnya kelihatan seakan pondok besar berbentuk bulat. Kaum yang asalnya menetap di tebing Sungai Sadong dan Sungai Sarawak ini gemar membuat rumah di lereng bukit sehingga kelihatan seperti tangga gergasi.









Kaum Iban atau nama lainnya Dayak Laut membina rumah panjang yang boleh bertahan antara 15 hingga 20 tahun.






Rumah orang Iban dibina menggunakan balak dengan daun sebagai atap. Pengunjung ke rumah Iban di taman ini berpeluang menyaksikan demonstrasi menenun pua kumbu secara tradisional yang diwarisi sejak berzaman.


Rumah Penan pula boleh diibaratkan sebagai pondok sejajar dengan kehidupan mereka yang gemar berpindah-randah. Suku kaum yang agak pemalu ini mewarisi pelbagai kelebihan termasuk menghasilkan Bunga Jarau berguna untuk menghasilkan api. Bagaimanapun, mereka juga terkenal dengan seni penghasilan sumpit yang digunakan sebagai senjata perburuan atau digunakan ketika berperang.




Orang Ulu pula seperti namanya, gemar membina penempatan berselerak di tanah tinggi dan di tebing sungai utama. Bagaimanapun, kaum yang menjadikan pertanian sebagai sumber makanan ini membina rumah panjang mereka supaya tahan untuk tempoh yang lama.
Orang Ulu juga terkenal kerana kehalusan seni pertukangan pedang yang dicemburui musu mereka.








Seperti rumah Melayu di Semenanjung, reka bentuknya tidak jauh berbeza, diperbuat daripada kayu. Rumah ini mempunyai tiang yang sederhana tinggi. Tetamu yang datang dari depan rumah akan menaiki tangga, Tetamu biasanya memberi salam di ruang beranda..
Rumah Melanau antara kediaman peribumi Sarawak paling menyerlah kerana dibina 40 kaki dari tanah. Tujuan utama adalah mengekang serangan musuh dan mengelak banjir. Menariknya, kaum yang asalnya menetap berhampiran kawasan pinggir pantai ini menjadikan sagu sebagai makanan utama berbanding nasi.



Kami tidak berkesempatan untuk melawat rumah masyarakat Cina kerana masa tidak mengizinkan.

Sebelum pulang, kami singgah di panggung Kampung Budaya Sarawak untuk melihat keunikan tarian masyarakatnya termasuk Ngajat Lesong dan Ngajat Pahlawan (Iban), iaitu meraikan wira yang ingin ke medan perang.








Alunan irama daripada alat muzik etnik dengan wajah manis gadis menari diselang-selikan dengan demonstrasi menyumpit, turut disertai pelancong asing. Paling teruja melihat wajah gerun ‘pahlawan’ menggigit lesung tanpa berasa sakit.





Bagi i, kunjungan pelancong ke Kampung Budaya Sarawak seolah-oleh menjelajah Sarawak dalam tempoh setengah hari. Tidak lengkap kunjungan anda ke negeri terbesar Malaysia ini sekiranya tidak berkesempatan menjejakkan kaki ke sini. (^_^)

































































No comments: