MenGaLah DeMi KeBaiKaN

Apa itu Kebaikan?

Kenapa harus ada yang mengalah demi kebaikan?
apakah perlu kebaikan itu di pertahankan?


Mengalah satu amalan yang baik dan terpuji dan yang sering diserapkan dalam kehidupan kita seharian. Dalam apa-apa situasi yang melibatkan 2 pihak atau lebih selalunya memerlukan salah satu pihak perlu untuk mengalah.

Dengan diri kita juga sendiri pun, kita selalu mengalah. Mengalah dengan kehendak naluri kita dan dengan keikhlasan diri sendiri. Biar kita salah sekali pun, apa salah nya kita mengalah demi menjaga hubungan yang sudah lama terjalin. Buat apa kita perlu sengketa sedangkan perkara ini boleh di selesaikan jika berbincang.
Mengalah bukan bermakna kita kalah tapi mengalah adalah satu tindakan yang harus kita lakukan jika ini jalan penyelesaiannya. Selalu kita dengar, mengalah bukan kerana kalah. Mengalah kerana inginkan menyelesaikan satu masalah. Mengalah untuk menang. Memenangkan hati seseorang adalah satu penghormatan pada diri kita sendiri kerana kita sanggup mengalah.
Mengalah itu haruslah dengan rasa ikhlas. Bukan, selepas mengalah diri kita disulami oleh rasa benci dan tidak puas hati. Bukan begitu yang kita mahukan. Bukan lah satu penghinaan pada diri kita jika kita mengalah kerana dalam dunia ni kita harus saling memahami antara satu sama lain. Dalam sebuah perhubungan, dua dua tidak boleh menjadi api, salah seorang mesti menjadi air. Api dengan Air kalau bercantum, insyAllah..tidak akan berlaku sebarang perselisihan yang berpanjangan.

Percayalah, tidak sedikit pun jatuh ego seseorang itu andai dia mengalah..
Mengalah untuk selesaikan perkara-perkara yang terasa cukup rumit, tapi
perjuangan jugak perlu untuk meniti kehidupan yang penuh
dengan dugaan dan cabaran. Mengalah lah untuk benda-benda yang kita rasa
kita perlu mengalah tapi berjuangla untuk mempertahankan sesuatu yang
memang wujudnya adalah untuk diri kita!!!

 

5 comments:

Cik Orked said...

mengalah xsemesti nya kalah..
ia adalah jalan yang terbaik dari menjadi seperti keanak-anakkan..
:)

Mohd Faziel said...

betol tu...
kita mengalah bukan bererti kita ni kalah... mungkin mengalah salah satu cara untuk kita selesaikan masalha..biar bukan salah kita.. asalkan kita dpt selesaikan satu perkara.x seperti budak budak...

mygirlz said...

mengalah utk 1 perkara yg blh memuaskan ati sume org xsalah sbb akhirnye nant akan dpt penghormatan yg kekal smp dunia akhirat menanti..wpn kdg2 kebenaran kt dpn mata

Mohd Faziel said...

yes..correctly....betul ckp u..
satu penghormatan bagi kita untuk mengalah even bkn salah kita..

Siha said...

:)